Majlis Pernikahan Md Hafizan & Norhayati






lama tak update blog tiba2 muncul update pasal wedding abang.. kekeke~ ai tersangat2 la bizi semenjak lima menjak ni.. mana urus fasal butik lagi.. oh aku belum cerita lagi pasal butik tu kan? next entry la kalau aku rajin :D


ni aku cerita pasal wedding abang aku yang berlangsung jumaat lepas (22.11.2013) bertempat di masjid daerah putatan, tak ramai pun yang datang masa ni.. ada la dalam tiga empat ketul keluarga, sedara mara dari kampung..




ni sedara dari kampung.. awal betul dorang sampai, zemangat nak tengok abang nikah lettew.. hantaran dari pihak lelaki 5 berbalas 7 dari pihak perempuan.. kesian kakak aku masa ni, tak sempat nak tengok abang nikah sebab dia ada taklimat untuk masuk maktab.. xpa la dayang oiii~ jangan ja time ko nikah nanti sana ko tehegeh hegeh pegi taklimat pula.. haha~



muka steady.. konon laaa







barakallah abang! tabik spring sebab satu kali lafaz ja.. ke kau dah praktis awal2 lagi ni? kahkah.. senyum ja bapa tengok kau masa ni.. mesti dalam hati dia cakap "hebat anak aku ni" hahaha..


video pun aku ada ambil juga.. tapi malas la nak selitkan sini, gambar ni pun dah cukup mainkan peranan macamnana suasana masa tu kan.. 







hai kakak ipar.. selamat datang ke ibrahim's family, selamat menjadi ahli baru dalam keluarga.. cepat2 bagi aku anak buah banyak2, senang aku nak buli hahaha.. moga jadi isteri solehah :D


malamnya tu acara malam berinai, gambar pun xda dekat aku sebab DSLR lowbat malam tu.. huhu so next entry ni aku terus cerita majlis pihak perempuan dan pihak lelaki.. 





































p/s : jap lagi nak siap2 pegi nikah kazen pulak.. huntong makan free! weeee =P

















kalau          suka          boleh         laa          klik          like!          thanks          for          reading          =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...