Selagi Masih Ada






aku baru lepas layan cerita ni.. best juga laa..
dulu pernah tengok dah.. tapi dah part akhir..
so x berapa paham lah aku jalan ceritanya..
sekarang dah paham.. boleh lah aku buat sinopsis sendiri.. hee~
dulu aku tengok iklan dia cam x best ja..
malas lah aku mau layan kan..
pelakon dia pun.. err~ cam x menggiurkan ja.. hahaha  =P
dah xda cerita siok mau tengok.. aku layan ja lah cerita ni tadi..


mula-mula tu xda lah best sangat.. tapi aku suka cara haris tackle dahlia..
lakonan beto kusyairy dan tunku norhanis..
pompuan tu pelakon baru kut.. x pernah pun aku nampak lakonan dia sebelum ni~
yang lelaki tu selalu lah aku nampak.. penah berlakon dalam juvana dulu..
dia tackle pompuan tu sangat sweet ok dalam cerita ni..
bernanah telinga kalau kau tengok.. muahahaha~
dia x putus asa tau.. dia tackle pun cara spontan plus dengan lawak..
xda lah skema sangat macam lakonan hisyam dalam cerita gemersik kalbu tu.. +___+
geli ja aku tengok.. muka pun jambu~ kahkahkah..




puas c haris tackle dahlia ni.. selalu koling-koling..
padahal dahlia dulu jual mahal ja.. x mau layan haris kunun..
haris ni seorang akauntan.. tapi minatnya dalam bidang photographer..
dahlia pula.. seorang lecturer x silap aku..
masa kolej dorang ada sesi bergambar.. c haris yang jadi photographer masa tu..
ahh sudahhh.. berkerut gila muka dahlia time ni haha~




part ni paling aku suka.. kereta dahlia rosak tepi jalan..
kebetulan pulak haris lalu tempat yang sama..
dah awek yang dia minat jumpa kat tepi jalan..
laju ja mau tolong kan.. 
last-last bukan dia tolong pun.. tolong tengokkan ja..
mekenik juga yang urus semua.. tu pun dia upah mekenik tu suruh lambat siapkan..
sebab dia mau bawa dahlia ni pegi minum dulu..
oh! sungguh bernas hotak haris ni..

dahlia : awak dah kahwin??

haris : eh, belum lagi lah..

dahlia : ada gelfren??

haris : ni yang tengah usaha ni.. =)

aku x berapa ingat dialog tu.. tapi bunyi dia ala-ala camni juga lah..


akhirnya mereka disatukan juga.. kahwin lah tu..
memang bahagia lah dorang masa ni.. 
pulak dapat tahu yang dahlia ni mengandung..
lagi lah hepi kan.. tapi lepas beberapa bulan tu
perangai dahlia berubah.. hangin x tentu pasal..
ternyata dahlia ni ada sakit alzheimer..
penyakit lupa.. dia lupa siapa dirinya.. di mana dia tinggal..
suami dia pun dia x kenal.. kenapa dia mengandung pun dia x tahu..
part ni memang sedih.. tapi xda lah aku nangis sampai keluar cendol hijau~ haha..


tapi haris memang penyabar.. penyayang~
sangat mengambil berat dengan bini dia..
ada x lelaki setabah macam haris ni lagi?? lalalala~  =)
sepa dah tengok ni konfem tau lah kan endingnya..
malas lah mau cerita lagi.. lu orang tengok lah sendiri.. hihi
bye!  v(^___^)
















p/s : x sabar tengok vanila coklat minggu depan.. *tetibaaa*  =P







kalau        suka        boleh         laa        klik        like!        thankss        for        reading        =)

Patutkah Berkahwin Awal ??







Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)



Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.



1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?


Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?


2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?


Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.


Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?


Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.


Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)


4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?


Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.


Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)


5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?


Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.


6. Macam mana dengan restu ibu bapa?


Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.


Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)


Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.


Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)










sumber : facebook










kalau         suka        boleh        laa        klik        like!        thankss        for        reading        =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...