Kisah Ini Menceritakan Tentang Awak Dan Saya :)
awak dan saya selalu pergi sekolah sama-sama
makan sama-sama
main pun sama-sama
masa SPM
result kita sama-sama gempak
awak dapat IPTA
saya dapat sambung oversea
kini....
tiba masa untuk saya pergi
awak jaga diri baik-baik yea
masa kat oversea
kita selalu berbalas email
satu hari, saya tak ingat bila
awak dah tak balas email dan surat saya
puas saya tunggu
selepas hari-hari yang berikutnya
saya terus terputus hubungan dengan awak
hati ni sedih sangat
4 tahun berlalu
akhirnya saya pulang ke Malaysia
Alhamdulillah..
rindunya kampung halaman
rindu kat awak
sampai di rumah
saya terus menuju ke rumah awak
kedatangan saya disambut baik oleh ibu awak
lepas itu saya cari awak
awak tahu??
saya belikan sesuatu untuk awak
awak mesti suka
hati saya ibarat di panah halilintar
mak awak kata awak dah tiada
awak terlibat dalam kemalangan
airmata saya laju bagaikan hujan
saya dah kehilangan awak
saya kehilangan teman hidup yang terbaik
awak...
walaupun awak dah jauh dari saya
kenangan ni saya tak akan lupa sampai bila-bila
apakan daya Allah lagi sayang awak
semoga awak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
hargailah sahabat yang di kurniakan kepada kita
hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti sahabat dalam sekolah dan remaja..bila zaman itu berlalu nescaya ia takkan kembali lagi.. masa ini juga kita membawa haluan masing-masing..mungkin sukar untuk kita semua bersatu kembali dalam satu tempat sekecil bilik darjah, bergurau, ke kantin ke tandas bersama dan berkenalan antara satu sama lain.. zaman pelajar adalah zaman remaja yang sukar untuk di lupakan..
4 org suka conteng:
cite yg menyentuh hati..
n katun tu gadis suke sgt..=)
sedih lak baca entry nih...
Sedih plak baca entry nie . :( Cam nak ulang balik zaman sekolah rendah . sekarang dah besor . hehe
sob sob~ a'ahh skg bsar suda hihi ^^
Post a Comment