Ya Allah..
Andai sahabatku resah,
tenangkanlah hatinya
dengan teduhan makrifah-Mu..
Andai sahabatku terancam,
lindungilah jasadnya
dengan kebesaran-Mu
Andai tubuhnya kedinginan,
selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayang-Mu
Andai dirinya merindu, rindukanlah jiwanya
dengan saat bertemu dengan-Mu
Ya Allah..
jangan Kau biarkan hatinya, jiwanya,
dan juga jasadnya terpesona dengan duniawi
Khusyukkan jiwanya dalam rukuk
dan sujudnya ketika menghadap-Mu
Berikanlah kejayaan padanya di dunia-Mu..
juga di akhirat-Mu kelak
Semoga dirinya itu saudaraku selamanya..
mood : rindu dengan rakan-rakan seperjuangan dulu.. semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat.. tanpa kalian aku mungkin tidak mengenali apa itu erti SAHABAT.. dan tanpa kalian juga aku mungkin tidak tahu membezakan apa itu KAWAN dan apa itu LAWAN.. semoga ukhuwah yang terjalin ini akan kekal until jannah.. InsyaAllah =)
kalau suka boleh laa klik like! thankss for reading =)
1 org suka conteng:
terima kasih sahabat atas doa2nya.. aminn..
semoga persahabatan ini kekal selamanya..
Ya Allah,
✿izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga,
✿ Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
✿ Harum wanginya dengan ilmu agama,
✿ Cantiknya kerana iman dan taqwa.
✿ Namun keindahan zahirnya disimpan rapi,
✿ Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
✿ Bukan perhatian mata ajnabi,
✿ Yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi.
✿ Wajahnya bukan mengundang dosa,
✿ Timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati,
✿ Yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Ameen."
Post a Comment