Puisi Yang Menyentuh Perasaan Seorang Isteri








Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.



Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.







Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.





Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.








alololo.. soo sweet~ tetiba berangan jap mau cari laki macam zahiril.. haha!
puisi ini ekslusif di tujukan buat isteri beliau shera ayob :)
ayat-ayat beliau memang puitis.. untung laa shera hari-hari boleh dengar puisi..
zahiril pun ada blog okehh.. jom serbu blog zahiril adzim




dia juga ada buat satu novel bogel menuju tuhan..
ramai bagi komen positif..
best ka tidak.. aku pun xtahu sebab aku blom baca haha :p














p/s : tahi lalat zahiril tu yang mahal~  (^__~)





















klik me! :D

trimas           sebab           like!           :)

8 org suka conteng:

Mira Adzlia said...

suweettt....untung la shera..hihi ^_^

❤ n a n a ❤ said...

@Mira Adzlia

tu aa kan.. hehe :D

eiyna zhafirah said...

wow ! untung shera dapat suami macam zahiril :)

nabilah_2908 said...

tul la....so sweet....sy baca pun..feeling2 hehe.. :)

widuri1281 said...

salam cik adik manis..lagu ape ye kat belogg awak ni..akak yg dah kertu ni pon minat heheh :))

Anonymous said...

Nice background song..
tajuk apa ea lagu nih??

ishiko said...

buku BMT seriyesss sgt best!!!

baru je dapat yg lansung dr ZA tadi ^^

Anonymous said...

salam,,,,nice lagu background awak...
apa tajuk lagu 2..
tlg bls cpt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...